Posted in Info Quran Tag

Pening Nak Pilih Al Quran Tagging Kesayangan Anda? Mari Kenal Al Quran Tagging Enuur


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum sahabat semua

Ramai whatsapp saya dan bertanya apa beza setiap alquran tagging dan keliru untuk memilih yang mana satu. Masya Allah, Alhamdulillah atas limpah kurnia Allah, kita sebenarnya ada empat saiz dan tujuh pilihan alquran tagging untuk anda pilih.

Jika kalian lihat gambar di atas, kita ada beberapa saiz yang sama tetapi design berbezakan?

Mari kita berkenalan dengan alquran ini 🙂

Al Quran Tagging Saiz A6

Merupakan saiz alquran paling kecil yang kami ada. Alquran ini bersaiz mini dan sangat sesuai bagi sahabat yang suka bawa alquran di mana sahaja. Muat diisi di dalam beg kecil atau beg tangan sahabat.

Ada 2 jenis design iaitu:

  1. Kod A6 Humairah (5 Warna)
  2. Kod A6 Raihan (40 Kod)

Ada beza ke bagi kedua-dua kod A6 ni?

Sebenarnya selain design yang berlainan, cara penulisan alquran ini juga berbeza. Didapati penulisan alquran humairah adalah lebih mudah dibaca berbanding alquran raihan. Mari saya tunjukkan bezanya.

Tetapi jangan terlalu risau. Tidaklah dikatakan sukar sangat ya. Hanya cara penulisan sahaja.

Saiz A5 juga kita ada 3 design iaitu:

  1. A5 Humairah
  2. A5 Humairah versi Wanita
  3. A5 Humairah versi Special Edition

Apakah perbezaan setiap versi A5 ini?

Dari segi pengisian semuanya sama kecuali wanita ini lebih khusus kepada wanita dan kekeluargaan. Kita sedia maklum bahawa wanita iaitu kaum hawa ini istimewa kerana dijadikan dari tulang rusuk adam. Dari tulang yang bengkok.

Al Quran Tagging A5 Versi Wanita dan Kekeluargaan

Kita sewajarnya memerlukan lebih pengisian, lebih pemahaman mengenai kejadian Allah tentang diri kita sendiri yakni seorang wanita. Alhamdulillah, saya sendiri seorang wanita. Wanita jiwanya lembut, amat mudah tersentuh tetapi amat mudah sahaja terkeliru dan sesat jika tidak dibimbing dengan baik.

Dengan adanya Alquran versi wanita ini, setiap firman Allah mengenai kejadian wanita, nasihat dan larangan dihighlightkan buat titipan kita semua beserta hadis dan penerangan yang jelas. Insha Allah, semoga ianya menjadi pembimbing buat kita semua sebagai seorang wanita dan ibu.

Selain itu, Alquran versi wanita mempunyai kulit buku yang ekslusif, berzip malah ada cermin sekali. Alangkah sayangnya pengeluar Alquran Humairah versi wanita ini kepada kita. Wanita tidak lari dari kecantikan. Sentiasa mahukan kesempurnaan luaran buat keluarga tercinta.

Al Quran A5 versi Special Edition pula menceritakan kisah cinta terhadap Tanah Suci Mekah. Malah ianya didatangkan dengan set beg kertas, beg anti habuk (anti dusk) dan kotak khas. Alquran ini paling laris dijadikan set hantaran buat pihak lelaki mahupun wanita.

Al Quran Tagging A5 Versi Special Edition

Sekiranya sahabat lebih sukakan al quran yang simple, bermagnet tetapi mempunyai kualiti yang sama seperti A5 Wanita dan A5 Special Edition, A5 Humairah ini sangat sesuai dijadikan peneman setia sahabat. Didatangkan dengan 5 warna yang menarik dan sesuai buat lelaki dan wanita. Sungguh alquran ini tidak kira apa kod dan saiz ianya buat seluruh Muslim. Bukankah kita semua wajib mendalami isi dalam Al Quran?

Al Quran Tagging A5 Humairah

Akhir sekali dari saya, kami juga menyediakan saiz alquran B6 dan A4. Kami faham setiap keperluan sahabat adalah tidak sama. Saiz B6 adalah besar sedikit dari saiz A6. Ianya tetap kecil namun sesuai buat sahabat yang tidak mahukan alquran terlalu kecil atau terlalu besar.

Perbezaan saiz antara B6 dengan A6 dan A5

Manakala alquran A4 haramain pula baru sahaja dikeluarkan di atas permintaan ramai. Khususnya buat sahabat yang mahukan tulisan bacaan alquran yang lebih besar, lebih jelas dan ramai dikalangan para sahabat menghadiahkan Al quran tagging saiz A4 ini buat ibu bapa, anak-anak tidak lupa jua buat diri sendiri. Hanya al quran tagging saiz A4 sahaja kami tagkan 383 tagging tanpa 198 tag. Ini kerana saiz alquran yang besar, apabila kami tampalkan 198 tagging ia nampak tidak kemas dan sedikit. Oleh itu, untuk saiz A4, hanya 1 jenis tagging sahaja buat sahabat. Insha Allah, harganya sangatlah berpatutan.

Al Quran Tagging A4 Haramain

Sudahkah sahabat jelas akan perbezaan setiap alquran yang kami sediakan?

Alhamdulillah.

Semoga selepas ini sahabat mudah memilih alquran tagging kesayangan kalian.

Satu untuk rujukan bacaan di rumah.

Satu untuk travel.

Dua untuk ibu bapa.

Dan beberapa lagi buat anak-anak dan pasangan tercinta!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s