Posted in Info Quran Tag

Apa Perbezaan Al Quran Tagging 198 Tags dan 383 Tags?


Agak-agaknya apa ya perbezaan bagi kedua-dua alquran tagging enuur ni? Sahabat rasa? Mari kita ungkaikan perbezaan antara kedua-dua isi tagging alquran 198 tag dan 383 tag

Bismillah. Bertemu lagi kita di entri kedua iaitu menjawab soalan kepada apakah perbezaan antara alquran tagging 198 tag dan alquran tagging 383 tag?

Walaupun sudah cuba menerangkan menggunakan bahasa paling ringkas, saya rasa bahasanya terlalu ringkas pula untuk difahami oleh kebanyakkan sahabat. Iya, saya sedar selain kekeliruan antara jumlah tagging, harga juga menjadi penentu utama setiap kali sahabat ingin membeli alquran tagging pertama.

Alhamdulillah! Tahniah kerana memilih alquran tagging enuur sebagai alquran tafsir terjemahan pertama sahabat semua.

Kenapa Ada 2 Jenis Tagging?

Kisah ni bermula bila HQ mengeluarkan versi manual tagging yang kedua. Nama tagging ini Tag Matin. Ia mempunyai jumlah 215 stiker bertulis dimana 185 stiker ayat pilihan dan 30 stiker juzuk quran

Mula dijual pada Januari 2019. dan alhamdulillah sentiasa ready stok sehingga hari ini. Tag Matin merupakan tagging versi 2.0 dan merupakan pengisian yang berbeza berbanding tagging versi 1.0 (dikenali sebagai Tag Mika)

manual tagging alquran tag 215 tagging (tag matin)
  • Apa beza dengan TAG 1.0?
  • TAG 2.0 ini kesemuanya adalah ayat baru.
  • Terdapat 185 ayat tag dan 30 tag juzuk.
  • Keseluruhan 215 tags

Contoh ayat-ayat pilihan:

  • Doa Seorang Pemimpin
  • Syurga ‘Adn (49-54)
  • Al-Quran Kitab Hidayah
  • Tidur, Mati Yang Sekejap
  • Jangan Sombong
  • Allah Pengampun Dosa
  • Kehebatan Hancur Kerana Dosa
  • Jom Buat Baik
  • Sabarlah Saat Berjuang
  • Perjalanan Kehidupan
  • Manfaat Haiwan Ternak (79-80)
  • Saksi Di Akhirat (20-22)
  • AlQuran Dalam Bahasa Arab
  • Sabar & Maafkan Orang

Jadi, kita ada 2 jenis tagging yang anda sudah tahu 🙂

Tag Matin = Tag 2.0 = Tag 215 = 185 stiker ayat dan 30 juzuk quran

Tag Mika = Tag 1.0 = Tag 198 = 168 stiker ayat dan 30 juzuk quran

Antara Contoh ayat dalam Set Tagging ni:

  • Doa Mendapatkan Zuriat
  • Tugas Umat Muhammad SAW
  • Kita Umat Terbaik
  • Jangan Sedih
  • Hendaklah Berlemah Lembut
  • Siapakah Orang Yang Berakal?
  • Doa Husnul Khatimah (193-194)
  • Harta Anak Yatim
  • Berbuat Baiklah
  • Tunaikan Amanah & Adil
  • Barangsiapa Bertaubat
  • Berlaku Adil lah
  • Mencari Ketenangan Dengan AlQuran
  • Doa Rezeki Tidak Putus
  • Inilah Jalan Lurus
  • Keangkuhan Iblis
  • Doa Penyesalan
  • Pakaian Taqwa
  • Jangan Berlebihan
  • Balasan Mendustakan Ayat Allah
  • Kisah Nabi

Jadi kenapa ada 2 jenis tagging dan bukan upgrade kuantiti sahaja dari tag 1.0?

Ini kerana kami sudah pun mengeluarkan quran tagging 1.0 atau dikenali quran tagging 198 kepada pelanggan lama. Jadi jika kami hanya upgrade kuantiti daripada versi 1.0 maka ianya agak tidak relevan kepada pelanggan sedia ada. Mereka pastinya inginkan produk tagging yang sama bukan?

Dengan mengeluarkan manual tagging versi 2.0, pengguna alquran tagging 1.0 boleh terus menambah sendiri tagging mereka dengan pembelian manual tagging versi 2.0. Tidak perlulah membeli lagi alquran tagging.

Ini menjimatkan kos pengguna sedia ada dan memberi peluang kepada sahabat untuk memilih alquran tagging kesayangan sahabat.

Jadi Alquran Tagging 198 Tag dan 383 Tag tidak sama?

Ya. Seperti yang telah saya jelaskan. Ada 2 jenis manual tagging, dan melalui manual inilah kami taggingkan alquran tagging sahabat.

Alquran tagging 198 menggunakan manual tagging 1.0 (198 tag) manakala alquran tagging 383 ialah gabungan kedua-dua manual tagging tersebut.

Tag 1.0 + Tag 2.0 = 353 stiker ayat dan 30 juzuk quran = 383 tagging

Menarik bukan?

Sahabat boleh memilih mana-mana jumlah tagging alquran kesayangan sahabat.

Jika memilih alquran tagging 198, insha Allah ada lain rezeki boleh order manual tagging 2.0. Tagging ini mudah sahaja kerana kami sediakan semua keperluan tagging alquran anda. Yang anda perlu lakukan hanyalah mengikut panduan yang telah kami sediakan!

Jadi, yang mana satu pilihan sahabat semua?

alquran tagging 198 atau 383 tag?

alquran tagging enuur pilhan saiz dan tagging quran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s