Posted in Soal Jawab Agama

Penjelasan Larangan Wanita Uzur Membaca Al Quran


Soalan

Assalam kak chik..saya pn ely..nak bertanya soalan agama..setiap hari sy terbiase baca surah 3 kul, ayat alkursi serta surah almulk di telefon sebelum tidur. jika saya uzur boleh ke saya baca surah2 tersebut khususnya surah almulk tu..

Jawapan

waalaikumussalam

✍️Jumhur ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa membaca Al Quran adalah haram bagi mereka yang berhadas besar.

✍️Oleh itu DILARANG bagi wanita dalam haid untuk membaca Al Quran walaupun dia sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah tertentu.

✍️Ini bertujuan untuk memelihara kemuliaan dan kesucian Al Quran.✍️Maka puan hendaklah menangguhkan amalan membaca surah-surah Al Quran apabila berada dalam haid.✍️Kecuali ayat-ayat yang dibaca sebagai doa dimana ia bertujuan sebagai pendinding daripada gangguan makhluk halus.

✍️Maksudnya jika puan berasa gelisah, tidak tenteram, berpeluh, seram atau sebagainya, maka dalam keadaan tersebut harus bagi puan untuk membacanya.

✍️Kerana ia termasuk dalam kategori darurat yang diharuskan oleh syarak.

✍️Syariat islam itu bukan sekadar mematuhi perintah. Akan tetapi merangkumi juga dlm aspek meninggalkan LARANGAN.

✍️DLM konteks meninggalkan membaca alquran ketika sedang berhadas itu juga adalah salah satu BENTUK KETAATAN Kepada Allah. Ia juga di kira sebagai ibadah yaitu ibadah dlm skop PATUH SERTA TAAT AKAN LARANGAN dari Allah swt.. Jadi puan tak perlu risau dlm hal ini.

✒️Ustzh Iman

✒️Ustz Misbah

Untuk lebih banyak perkongsian, Follow channel Telegram @usrah_solat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s